Tuesday, 14 March 2017

topik 4 : pembangunan negara

          TOPIK 4 : PEMBANGUNAN NEGARA





MAKSUD PEMBANGUNAN NEGARA :


 Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan tradisi . Biasanya pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau Negara daripada keadaan mundur kepada maju . Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik , sosial , pendidikan , psikologi dan sebagainya . Selain itu , perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal , kebendaan dan bukan kebendaan .

 Pembangunan Negara Dirancang melalui dua rancangan utama , iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) . Sejak merdeka , Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.



RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN :
 * secara umumnya , sejarah pembangunan negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama iaitu

a) perancangan zaman sebelum merdeka
b) perancangan zaman selepas merdeka
c) perancangan selepas pelaksanaan dasar ekonomi negara

               RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN

Rancangan Malaysia Lima Tahun merujuk Pelan Jangka Sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan Kerajaan,menetapkan sasaran perkembangan makrorkonomi dan juga saiz serta peruntukkan yang disediakan untuk program pembangunan sektor awam bagi tempoh lima tahun sesuatu Rancangan.Ianya juga menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sektor swasta.
     
Rancangan Pembangunan Negara Berjadual :

    * peringkat 1
Rancangan Malaya Pertama(1956-1960)
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
Rancangan Malaysia Pertama(1966-1970) "Rancangan lima tahun yang pertama setelah pembentukan Malaysia"
      *peringkat 2
Rancangan Malaysia kedua (1971-1975)
Rancangan Malaysia ketiga (1976-1980)
Rancangan Malaysia keempat(1981-1985)
Rancangan Malaysia kelima (1986-1990)
DEB(dasar ekonomi baru)
      *peringkat 3
Rancangan Malaysia keenam(1991-1995)
Rancangan Malaysia ketujuh(1996-2001)
DPN(dasar pembangunan nasional)
        * peringkat 4
Rancangan Malaysia kelapan(2002-2006)
Rancangan Malaysia kesembilan(2007-2011)
DWN(dasar wawasan negara)
     * peringkat 5
Rancangan Malaysia kesepuluh
Rancangan Malaysia kesebelas

DASAR -DASAR UTAMA KERAJAAN :

Ø Dasar-dasar ekonomi secara keseluruhannya dapat dikatakan umpama tapak , panduan ,falsafah , peraturan dan cara mencapai sesuatu matlamat ekonomi negara . Dasar ekonomi juga merujuk usaha untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan) . Pada peringkat awal,terutama sebelum tahun 1971, sebahagian besar program pembangunan ekonomi negara bertumpu kepada usaha untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang diukur melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pertambahan dalam pendapatan . Sememangnya dari setahun ke setahun , kedua-dua unsur ini menunjukkan peningkatan  , Namun,masih berlaku masalah kemiskinan dan penguasaan sektor ekonomi tidak seimbang antara kaum . Misalnya ,jurang kemiskinan antara golongan kaya dengan golongan miskin masih terlalu nesar,monopoli sektor ekonomi oleh sesebuah kaum masih ketara dan masalah pengangguran dalam kalangan penduduk yang menyebabkan gejala sosial sering berlaku .

               DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua . Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini . Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu , serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini .

Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain . Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik . DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun , bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990 .

- Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata :-

 i)  penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan
ii) menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi

   pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai , strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar . Berdasarkan banci penduduk 1970 , didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar . Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan , kesihatan , bekalan air dan elektrik . Di samping itu , keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja , biasiswa pelajaran dan buku teks , makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah . Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB , matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai . Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970 .Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai , kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama , menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi . Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum , kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan , pertanian , perlombongan , pembinaan , pengangkutan dan pertanian .

 Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga , beberapa strategi telah dirancang , antaranya :

* Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990

* Memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi

* Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif .Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain

* Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat , kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru .

              DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL ( DPN)

Latar belakang :

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990) , ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran . Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses socio-economic engineering ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya .
DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad , Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 .

Objektif

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial , nilai , etika dan moral , kestabilan politik , kualiti hidup , kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi .

Strategi Pelaksanaan

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut :

(i)Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama

(ii)Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan


(iii)Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia


(iv)Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar


(v)Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara
 
(vi)Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat


(vii)Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden


(viii)Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan .

DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dimensi-dimensi baru DPN adalah seperti berikut:

(i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian  kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan yang termiskin adalah keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sebanyak $370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, $544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan $452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin)

(ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat  Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi

(iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan
  diri dalam proses penyusunan semula masyarakat

(iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia
termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

Program Pelaksanaan

Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah seperti berikut:

(i) Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan
Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan.

(ii) Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa
DPN telah mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam bidang eksport pula, halangan-halangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa akan meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para pengeksport negara juga perlu mengurangkan pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang mempunyai daya saingan yang tinggi.

(iii) Wawasan 2020
Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian pelaksanaan strategi serampang dua mata DPN akan terus menggalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Oleh kerana setiap kaum mempunyai sifat dan kekuatannya sendiri maka adalah penting untuk semua kaum di negara ini saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

(iv) Pembasmian Kemiskinan
Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan,DPN akan mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar bandar pada akhir tahun 1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam  melalui pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka. Pengalaman telah menunjukkan bahawa kos penyelenggaraan skim pembangunan tanah seperti yang diuruskan oleh FELDA adalah lebih tinggi daripada kos pengendalian estet yang serupa oleh sektor swasta. Tambahan pula anak-anak peneroka dan petani yang berpendidikan lebih tinggi kurang berminat untuk bekerja di luar bandar. Ramai di antara mereka telah berhijrah untuk bekerja di bandar-bandar. Dengan itu pembukaan tanah baru oleh agensi kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran tidaklah ekonomikal lagi. Peranan ini lebih sesuai untuk dikendalikan oleh estet-estet komersial.

Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar bandar akan membolehkan mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi. Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini. Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.

Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada program-program berikut:

- pendidikan
- latihan
- kesihatan
- jalan-jalan luar bandar
- pengangkutan
- perumahan
- bekalan air dan elektrik

Usaha-usaha yang lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain.

Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar juga akan dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga akan diambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan-kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil.

(v) Penyusunan Semula Masyarakat
Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Berhubung dengan ini, matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi meningkatkan guna tenaga dan penyertaan Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar dan program Kerajaan akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan Bumiputera, tetapi adalah menjadi harapan kerajaan usahawan Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. Sehubungan dengan ini latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan. Sebagai langkah jangka panjang, program untuk memupuk usahawan muda juga akan diberi tumpuan.

DPN akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektor-sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan franchise. Usahasama secara aktif di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan digalakkan untuk membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan. Bagi membolehkan Bumiputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping kemudahan-kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan pasaran antarabangsa. Matlamat penyusunan semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara. Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, dasar ini akan memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam kategori profesional, pengurusan dan teknikal. Daripada 2.4 juta pekerjaan baru yang dijangka akan dapat diwujudkan dari tahun 1991-2000, kira-kira 55.8% akan diambil oleh Bumiputera (706,700 dalam sektor perkhidmatan dan 534,000 dalam sektor pembuatan.) Di sektor luar bandar, untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja, langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran.

Berhubung dengan strategi penyusunan semula hak milik dan pengawalan dalam sektor swasta, sasaran secara kuantitatif yang khusus tidak ditetapkan dalam DPN. Langkah-langkah akan diambil untuk melengkapkan Bumiputera dengan kemahiran-kemahiran yang sesuai bukan sahaja bagi mengurus dan menjalankan pemiagaan dengan berkesan tetapi juga bagi mengekalkan kekayaan mereka. Agensi-agensi amanah dan perbadanan awam perlu merancang dan menyelaras tindakan masing-masing dengan lebih berkesan dalam mewujudkan harta-harta baru dan membeli kepentingan tertentu bagi pihak Bumiputera. Peranan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan Bumiputera dan pembangunan keusahawanan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan Bumiputera sepanjang tempoh DPN.
Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat penyusunan semula modal saham. Jawatankuasa Pelaburan Asing akan meneruskan pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan menggalakkan lagi syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

    DASAR WAWASAN NEGARA ( DWN)

     Pengalaman krisis kewangan asia tahun 1997-1998
   * Tujuan RRJP3 untuk mengukuhkan kekuatan sedia ada dan menangani kekurangan dan kekangan serta cabaran persaingan dunia.
   * Tujuan DWN untuk membina bangsa malaysia yang progresif dan makmur serta hidup dalam harmoni.
    * Meneruskan usaha-usaha dalam rancangan pembangunan lepas disamping memperkukuh asas peralihan kepada sebuah negara maju.
  *  Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarak semangat, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.
   * Pelengkap kepada DEB dan DPN. penting menentukan matlamat wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju dan perpaduan negara tercapai.

               PELAN INDUK PERINDUSTRIAN NEGARA

Objektif :

Berasaskan faktor-faktor yang dibincangkan di atas, maka perlulah diadakan satu perancangan yang terperinci dalam sektor pembuatan yang dapat menggabung dan menunjuk dengan jelas perhubungan antara berbagai-bagai peringkat kegiatan pembuatan. Satu daripada langkah yang menuju ke arah ini ialah penyediaan Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang sedang disiapkan dan akan diumumkan dalam bulan Julai 1985. Matlamat Pelan Induk Perindustrian yang sedang disusun meliputi perkara seperti berikut :-
a. Merangka secara terperinci kegiatan sektor perindustrian dan sektor industri kecil untuk menghasilkan penggunaan sumber secara optimum .
b. Menyediakan profail industri yang sesuai seperti keluasan pasaran dan keupayaan yang sedia ada, kedudukan permintaan dan penawaran berbagai jenis barang  .
c. Menyatukan industri yang sedia ada dengan kegiatan mengeluarkan bahan mentah (upstream activity) dan kegiatan memproses bahan (downstream activity) .
d. Merangka keperluan Teknologi sektor dengan melengkapkan program
  yang menyeluruh.

Strategi Pelaksanaan

Untuk melaksanakan matlamat PIP ini, beberapa strategi adalah sedang disusun dan meliputi perkara-perkara berikut :

a.  Menyusun semula struktur galakan perindustrian yang sedia ada.

b.  Mempelbagaikan eksport dan menggalakkan sektor gantian import.

c.  Memajukan semula industri gantian import peringkat pertama - misalnya barang pengguna tahan lama dan industri gantian; import peringkat kedua - misalnya alat perhubungan.

d.  Menggalakkan pengguna-pengguna Malaysia menggunakan lebih banyak barangan buatan Malaysia.

e.  Mempelbagaikan pasaran eksport termasuk mencari pasaran baru di negara-negara sosialis dan negara-negara yang sedang membangun.

f.  Memperluaskan kegiatan industri ke kawasan-kawasan kurang maju.

g.  Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan oleh pihak awam dan pihak swasta.

h.  Menggalakkan industri berat bagi menjadi penggerak perkembangan industri baru.

i.  Menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil.

           DASAR PERINDUSTRIAN BERAT

Objektif :

(1)  Mengimport dan menyerap teknologi yang lebih sophisticated
untuk memajukan teknologinya sendiri. Dengan itu, perindustrian di Malaysia tidaklah hanya setakat memproses dan menghasilkan barang-barang pengguna yang mudah, tetapi sebaliknya dapat mengeluarkan bahan-bahan mentah serta jentera-jentera perindustrian dan barang-barang gantian import untuk keperluan negara secara kompetitif.

(2)  Mengelakkan pergantungan berterusan kepada barangan dan  teknologi asing. Dengan ini, negara boleh menyelamatkan tukaran wang asing dan seterusnya mengasaskan langkah berjaga-jaga ke atas ketidak-tentuan harga dan bekalan bahan-bahan keperluan strategik.

(3)  Mempelbagaikan dan memperkukuhkan eksport barangan Malaysia
untuk mengatasi dasar perlindungan yang ada di negara-negara maju terhadap barangan yang dihasilkan oleh perindustrian intensif buruh negara-negara membangun.

(4)  Industri berat dijangka dapat meningkatkan keupayaan
industri-industri kecil dan industri sokongan di samping mengwujudkan industri-industri pertengahan yang baru. Pengalaman di negara-negara lain menunjukkan bahawa pelaburan dan gunatenaga yang diwujudkan oleh industri-industri pertengahan, sokongan dan kecil ini adalah lebih besar dari yang ditimbulkan oleh industri-industri berat itu sendiri.

(5)  Mengwujudkan peluang untuk para pekerja dilatih dalam
bidang-bidang kejuruteraan dan kemahiran-kemahiran berkaitan.

Strategi Pelaksanaan :

Industri berat memerlukan modal besar, teknologi yang tinggi dan sophisticated dan pekerja mahir. Selain dari Kerajaan, tidak ada pelabur-pelabur tempatan yang sanggup melabur modal dalam projek-projek yang sebegini besar. Pelabur-pelabur tempatan juga tidak mempunyai teknologi yang diperlukan. Dengan demikian, pelaburan dalam bidang ini terpaksa diusahakan oleh Kerajaan dan pelabur-pelabur asing.

Bagi tujuan ini, Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980. Peranan HICOM adalah untuk mengenalpasti, memulakan, melaksanakan dan menguruskan projek-projek dalam bidang industri berat. Berikutan dari ini beberapa projek tajaan Kerajaan dengan usaha sama pelabur asing telah dilancarkan. Ini termasuk logi simen, besi panas dan pancang keluli, projek kereta nasional, logi enjin kecil, palpa dan kertas dan kompleks kejuruteraan.
Kesemua projek-projek ini adalah memerlukan bahan-bahan atau komponen-komponen tertentu dalam pengeluarnnya. Di sini timbullah peranan yang patut dimainkan oleh industri-industri sokongan dan kecil untuk membekalkan bahan-bahan tersebut. Dengan itu, perlaksanaan program industri berat mempunyai serampang dua mata; iaitu mengwujudkan projek industri berat itu sendiri dan meningkat keupayaan industri sokongan atau mengwujudkan industri-industri baru. Di sini pelabur-pelabur tempatan (swasta) haruslah memainkan peranan aktif bagi mengwujudkan 'secondary industries' yang berasaskan 'high-teknologi' dan berkeupayaan mempercepatkan pertumbuhan industri pertengahan dan sederhana. Dengan tidak secara langsung ianya akan mengwujudkan industri gantian import pusingan kedua dan 'resource-based industries' untuk eksport.

Oleh kerana industri berat memerlukan teknologi yang sophisticated dan kemahiran yang tinggi di mana ianya menjadi masalah di Malaysia, dasar ini memerlukan pengimportan kedua-dua sumber itu secara mengadakan usahasama dengan pelabur asing. Rakan perkongsian asing dimestikan menyediakan kerjasama dan bantuan dalam melatih pekerja, pengendalian dan pengurusan projek. Ini adalah bagi menentukan pemindahan teknologi berjalan dengan berkesan dan projek mencapai kejayaan.Insentif berbentuk kredit, tariff atau subsidi patutlah diberi kepada projek-projek ini bagi membolehkan industri ini berdiri buat permulaannya.Pengeluaran juga haruslah bukan sahaja untuk pasaran dalam negara tetapi hendaklah juga ditujukan kepada pasaran dunia. Dari segi ini, tindakan pemasaran yang agresif hendaklah dijalankan dan usaha-usaha dibuat dalam penyelidikan dan pembangunan demi mengurangkan kos pengeluaran agar barangan menjadi lebih kompetitif.

              DASAR PERTANIAN NEGARA ( DPN)

* DPN telah dilancarkan pada 12 Januari 1984 oleh Datuk Musa Hitam selaku pengerusi Jawatan Kuasa Kabinet mengenai Dasar Pertanian Negara

 Matlamat :

-memaksimumkan pendapatan sektor pertanian serta pendapatan pekebun kecil melalui peningkatan daya pengeluaran dan meningkatkan hasil dan mutu komoditi eksport
 -Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar
-Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk; Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global
- Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan dan menambah baik  sistem penyampaian perkhidmatan strategi perlaksanaan pembukaan tanah baru pertanian
-Pemulihan tanah terbiar Penyatuan tanah Galakan perladangan perkumpulan Menambahkan sokongan pertanian
-Penekanan peningkatan mutu dan persembahan atau pembungkusan hasil pertanian
-Meningkatkan peranan agensi-agensi pertanian memupuk semangat berdikari dan bantu-membantu sesama petani

Strategi pelaksanaan : 

- Pembukaan tanah baru pertanian
-Pemulihan tanah terbiar Penyatuan tanah Galakan perladangan perkumpulan
-Menambahkan sokongan pertanian Penekanan peningkatan mutu dan persembahan atau pembungkusan hasil pertanian
- Meningkatkan peranan agensi-agensi pertanian
-Memupuk semangat berdikari dan bantu-membantu sesama petani

          DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

  *Satu dasar yang digubal pada tahun 1971 sejak merdeka disebabkan tiada arah dalam mewujudkan kebudayaan kebangsaan.  Ini disebabkan kesedaran yg rendah dan kefahaman mengenai kebudayaan, kepentingan politik yg menekankan kebudayaan kaum shj dan penekanan yg lebih kepada kemajuan ekonomi.

 Rasional Dasar Kebudayaan Kebangsaan

 - Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan langkah penting untuk mengekalkan perpaduan.Menjadi garis panduan ke arah membentuk dan mewujudkan serta mengekalkan identiti dan perpaduan dalam masyarakat. Akan menentukan sifat-sifat yang terbaik dan mulia bagi membina bangsa yang bersatu padu dan berdaya .

 Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

  Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan. Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting ddalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

        DASAR WANITA NEGARA

  *  DASAR Keluarga Negara (DKN) secaraprinsipnya bertujuan menggesa semua pihak mengutamakan perspektif keluarga secara konsisten dalam setiap usaha perancangan pembangunan negara.  Menerusi dasar ini, semua inisiatif yang mesra keluarga dan bersifat tersirat dapat diselaraskan demi kesejahteraan keluarga dan kestabilan sosial. Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Datuk Aminah Abd Rahman, berkata setiap aspek pembangunan yang hendak dilaksanakan mesti mengambil kira kepentingan keluarga.  Satu dasar untuk mengutamakan perspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan sosio ekonomi agar dapat melahirkan generasi berkualiti.  Dasar Keluarga Negara bertujuanmem bangunkan keluarga yang sejahtera, sihat dan resilien untuk memastikan kestabilan sosial.

 Objektif :

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan
(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan Pelaksanaan dasar wanita negara :

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya
(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan
(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya
(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian

           DASAR SOSIAL NEGARA

 MATLAMAT :

Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dengan setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat wawasan 2020.

PERNYATAAN DASAR :

DSN ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju serta mantap.

OBJEKTIF:

Menjamin setiap individu , keluarga dan masyarakat tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan

OBJEKTIF KHUSUS :

Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
• Keperluan asas secukupnya
• Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat dan mesra insan
• Persekitaran sosial mengutamakan nilai-nilai murni
• Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup
• Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara
• Keperluan hidup lain yang sesuai dengan perkembangan semasa

Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
• Tanpa membezakan gender, keturunan dan keupayaan fizikal untuk mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum pada setiap peringkat kitaran hidup

Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial
• Memperkukuh dan menambahkan:
• Sistem sokongan sosial seperti sistem keluarga, etnik, agama, organisasi sosial dan lain-lain di peringkat komuniti
• Sistem penyampaian perkhidmatan sosial di semua sektor yang terlibat dengan perkhidmatan sosial

Menjana sinergi multisektor
• Kerjasama antara pelbagai bidang dalam dan di antara sektor awam, swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber di dalam masyarakat untuk menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik untuk semua anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama .

       DASAR KELUARGA NEGARA

-   DASAR Keluarga Negara (DKN) secaraprinsipnya bertujuan menggesa semua pihak mengutamakan perspektif keluarga secara konsisten dalam setiap usaha perancangan pembangunan negara. Menerusi dasar ini, semua inisiatif yang mesra keluarga dan bersifat tersirat dapat diselaraskan demi kesejahteraan keluarga dan kestabilan sosial. Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Datuk Aminah Abd Rahman, berkata setiap aspek pembangunan yang hendak dilaksanakan mesti mengambil kira kepentingan keluarga. Satu dasar untuk mengutamakanperspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan sosio ekonomi agar dapat melahirkan generasi berkualiti.Dasar Keluarga Negara bertujuan membangunkan keluarga yang sejahtera, sihat dan resilien untuk memastikan kestabilan sosial.

TUJUH PRINSIP DKN:

  a)  Kekuatan Tersendiri (Inherent Strengths).
 b) Memupuk & Menghayati Nilai-Nilai Murni.
 c)  Kepelbagaian Struktur Keluarga.
 d)Tanggungjawab Bersama & Saksama.
 e) K-Keluarga (Keluarga Berilmu).
 f)  Dasar-dasar Mesra Keluarga.
 g) Hak Asasi Kemanusiaan dan Komitmen Majikan.

             WAWASAN 2020

TUJUAN :

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan yang pada ketika itu di pimpin oleh Tun Dato Dr Mahathir pada ketika itu , ia bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.


Objektif Wawasan 2020

Mencapai kesamarataan pendapatan individu
Membasmi kemiskinana dan  kemunduran ekonomi melalui kerjasama tanpa menentukan identiti warga
Membentuk Negara maju dengan acuan tersendiri daripada aspek ekonomi ,sosial ,politik ,spiritual ,psikologi dan budaya
  Mencapai Sembilan objektif atau cabaran-cabaran wawasan 2020

Strategi Wawasan 2020

Mewujudkan Negara yang bersatu
Mewujudkan Negara yang berjiwa bebas ,tenteram dan maju
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat yang dimokratik dan persefahaman yang matang
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
Mewujudkan masyarakat berbilang yang liberal dan bertolak ansur
Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif
Membuat rancangan yang sistematik dan teratur
Menggalakkan sektor swasta supaya memainkan peranan yang lebih dinamik
 

           1 MALAYSIA

  Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat nya bersatu padu. Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.



created by : NUR AMIZA BT AMIR                                              

1 comment: